Saturday 21 May 2011

mengharapkan keajaiban hanya dari Allah swt

salam...entry ini kutaip kerana hatiku yang berdebar-debar tentang keputusan pindah pd 25 mei nti...3 hari je lagi...setakat ini,hanya khabar negatif yg bermain di minda aku...ramai yang kata pertengahan tahun ni susah nak dapat apatah lagi bila nak memindahkan diri dari pasir gudang ni...ada pula seseorang dari ppd muar yang kata dia xperasan pun nama aku dilelong...ya Allah...aku hanya berserah pada Allah swt setelah berusaha untuk pindah...mungkin pada orang lain ianya agak mustahil,tapi Allah swt yang berkuasa menentukan segala-galanya...aku dah xsanggup lagi berjauhan dengan suami...aku xsanggup drive kete setiap hjg mggu untuk jupe suami aku...aku xsanggup lagi biarkan suami aku drive pukul 4 pagi setiap hari isnin setelah datang jupe aku...aku juga xsanggup berpindah randah menumpang di rumah2 sewa kawan2 aku...aku sunyi...aku takut...aku nak hidup yang sempurna bersama suami aku...sungguh...aku sangat mendambakan saat itu...setelah setahun 8 bulan berkahwin,xpernah lagi aku tinggal bersama suami ku selama 2 minggu atau lebih secara berturut2...kebanyakan masa kami hbskan hanya satu atau dua hari bersama...kemudian berpisah lagi..hanya Allah swt yang tahu bagaimana hebatnya tekanan perasaan yang kurasa...lalu hanya padaMu ya Allah kuserahkan segalanya...semoga kau tempatkan aku di sisi suami tecinta...amiiin

Sunday 8 May 2011

jangan ditangisi apa yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
***p/s : aku copy dari iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1206-jangan-ditangisi-apa-yang-bukan-milikmu.html

Thursday 5 May 2011

sesungguhnya

sebenarnya...
hati ini cinta kepada Mu
sebenarnya...
diri ini rindu kepada Mu
tapi aku...tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku...tidak mengerti
mengapa rindu belum berbunga
sesungguhnya...
walau ku kutip sebuah permata
di dasar lautan
sesungguhnya...
walau kusiram dengan air hujan
dari tujuh langitMu
namun cinta takkan hadir
namun rindu takkan berbunga
ku cuba
menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
tapi mungkin
kerana isinya
tidak sempurna tiada seri
ku cuba
menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin
kerana airnya tidak sesegar telaga Kauthar

sesungguhnya...
walau ku kutip sebuah permata
di dasar lautan
sesungguhnya...
walau kusiram dengan air hujan

dari tujuh langitMu
namun cinta takkan hadir

namun rindu takkan berbunga
jika tidak
mengharap rahmatMu
jika tidak
menagih simpati
padaMu Ya Allah
tuhan kurniakanlah
kasihMu kepadaku
tuhan kurniakanlah
rinduku kepadaMu
moga kutahu
syukurku adalah milikMu...

Sunday 1 May 2011

my late mum's birthday

sebenarnya aku nak update blog semalam. tapi, xsempat plak...act semlm mengingatkan aku pada besday arwah mak aku. hmmm...dah setahun 2 bulan dia meninggalkan aku...tp setiap hari aku masih merinduinya...banyak nak citer pasal arwah mak aku...tp rasanya aku belum kuat...nti ngs sorang2...yang pastinya:
aku rindu untuk menatap wajahnya...
aku rindu untuk mendengar suaranya...
aku rindu untuk berbicara dengannya...
aku rindu untuk memeluk dan menciumnya...
aku rindu untuk disuapi olehnya...
aku rindu untuk merasa air tangannya...
aku rindu segalanya tentang dia...
aku terlalu rindu...rindu yang tak terungkai
Ya Allah...tempatkan ibu ku di kalangan orang2 yang beriman. semoga dia bahagia di sana...Ya Allah sampaikan salamku untuk ibu tercinta...amiiiin

Saturday 30 April 2011

first

mencipta blog sendiri adalah satu perkara yang aku harapkan dapat mengiringi perjalanan hidupku agar sentiasa ceria dan bahagia...mengikut cadangan suami agar berkongsi resepi di sini...hmmm...terlalu banyak page2 atau blog2 yang berkongsi resepi...tp xpe, blog aku mgkin berbeza dari blog2 yang sedia ada...bkn sahaja boleh berkongsi resepi tp mgkin berkongsi cerita2 suka dan duka...so,untuk yang post pertama ini,aku ingin kongsikan bersama resepi membuat tempoyak yang sangat lazat...kelakar kan...aku sgt menggemari tempoyak sehinggakan rasanya susah untuk berhenti makan nasi jika ada ia bersama...resepi ini agak berlainan dan aku mempelajarinya dari bekas housemate ku, oya...
bahan-bahanya ialah seperti berikut:
1) isi durian
2)cili api
3)ikan bilis
4) garam secukupnya
5)bawang merah
caranya:
tumbuk ikan bilis bersama cili,garam dan bawang. kemudian panaskan kuali dan letak sedikit minyak. tumis kan bahan2 yang telah ditumbuk tadi...setelah agak garing(jgn garing sgt), masukkan isi durian...kacau sebati dalam 2-3 minit.tutup api dan siap...senang kan...tp saaaaaaaangat lazat...thanks oya...miss u much!!!
selamat mencuba ye!daaaa....